Create your own banner at mybannermaker.com!

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

Dikeluarkan pada pukul 8.20 pagi 15 Dis 2008

AMARAN KATEGORI KETIGA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

A) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)
Dikeluarkan pada pukul 10.00 pagi 12 Dis 2008

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 5.5 meter yang berlaku di perairan Condore, Palawan, Reef North dan Pulau Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Jumaat (19 Disember 2008).

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada aktiviti perkapalan, pekerja di pelantar minyak dan aktiviti pantai.

B) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Dikeluarkan pada pukul 10.00 pagi 12 Dis 2008

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, W.P Labuan, Sabah Barat dan Kudat dijangka berterusan sehingga Jumaat (19 Disember 2008).

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada aktiviti perkapalan termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan aktiviti pantai.

C) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH Dikemaskini pada 15 Dis 2008, jam 1.30 pagi

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Johor, Pahang, Reef South, Kuching dan Bunguran dijangka berterusan sehingga lewat pagi Isnin, 15 Disember 2008.

(Sumber : http://diving.virtualmalaysia.com/weather.cfm?ID=5120D4B3-CC1E-4C69-BF866EB79ADE9015&type=Winds)

0 comments: