Create your own banner at mybannermaker.com!

MEMAKMURKAN WILAYAH PERSEKUTUAN

30 JANUARI 2009

WILAYAH Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bakal menyambut sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-35 pada 1 Febuari ini. Bagi Datuk Seri Zulhasnan Rafique, 14 Februari ini genap tiga tahun beliau menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan yang dihidupkan kembali selepas Mac 2004.

Sejak dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, Zulhasnan dilihat telah berjaya memberikan satu identiti, imej dan inspirasi kepada Wilayah Persekutuan serta sambutan Hari Wilayah Persekutuan, di samping melakukan banyak perubahan dan pembaharuan selaras dengan wawasannya menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai sebuah negeri yang Maju dan Sejahtera, seiring dengan nama lagu rasmi Wilayah Persekutuan.

Sambutan tahun lepas pula mencipta satu lagi sejarah apabila buat pertama kali, darjah dan pingat kebesaran dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Wilayah Persekutuan. Berikut adalah sedutan wawancara Bernama dengan Zulhasnan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

(Sumber BERITA DAN GAMBAR :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm)

PELAN TINDAKAN DESA

30 JANUARI 2009

BERITA HARIAN - 15,000 JKKK diarah sedia pelan pembangunan

SEPANG: Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mahu semua 15,000 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negara menyediakan pelan tindakan desa masing-masing, mirip Rancangan Malaysia untuk merancakkan pembangunan di kampung.

Menterinya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata pelan strategik itu penting bagi membolehkan kerajaan meningkatkan sumber pendapatan penduduk di luar bandar.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melncarkan program Apa Khabar Orang Kampung di Kampung Orang Asli Bukit Bangkung Sungai Pelek, di sini, pagi ini.

(Sumber :- http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20090130114444/Article)

UTUSAN - JKKK diminta rancang pelan tindakan desa

KAMPAR 29 Jan. - Semua ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negara diminta merancang pelan tindakan bagi memajukan kampung masing-masing.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib (gambar) berkata, pelan tindakan itu penting untuk memastikan setiap kampung mencapai kemajuan dalam semua bidang termasuk ekonomi, sukan budaya dan pendidikan.

"Menjadi tanggungjawab pengerusi JKKK untuk merancang pembangunan kampung masing-masing supaya setanding dengan kemajuan semasa.

"Kalau mereka tak rancang, kampung tidak akan maju dan ini akan menjejaskan kualiti kepimpinan dan masyarakat setempat,'' katanya.

Beliau berucap pada majlis Ramah Mesra sempena Pelancaran Pelan Tindakan Desa di Kompleks Rakan Muda di sini malam tadi.

Muhammad berkata, kampung yang cemerlang akan menikmati ganjaran RM10,000 yang boleh digunakan untuk memajukan lagi kampung masing-masing.

Sehubungan itu, katanya, kementerian akan memajukan hampir 15,000 kampung di seluruh negara dalam tempoh tiga hingga lima tahun sejak pelan itu bermula pada 2007.

Beliau berkata, setakat ini 16 buah kampung telah mempunyai pelan tindakan desa masing-masing yang telah dilaksanakan bermula tahun lalu.

"Saya yakin pelan tersebut dapat membantu kerajaan melahirkan generasi baru yang cemerlang dalam semua bidang sehingga dikenali di peringkat antarabangsa,'' katanya.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0130&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_22.htm&arc=hive)

PENGUMUMAN

22 JANUARI 2009

PERJUMPAAN JKKK DENGAN PENDUDUK KAMPUNG AKAN DIADAKAN PADA TARIKH, MASA DAN TEMPAT SEPERTI BERIKUT :-

7 FEBRUARI 2009 (SABTU)
8.00 MALAM
BALAIRAYA KAMPUNG BATU MANIKAR

KEHADIRAN PENDUDUK KAMPUNG AMATLAH DIHARAPKAN.
TERIMA KASIH.

ALAMAKKKK.... BANJIR LAGI

22 JANUARI 2009

Semalam kira-kira jam 2.00 pagi, JKKK terima panggilan dari seorang penduduk kampung....Alamakkkk banjir lagi rupanya. Semasa ketua sampai di rumahnya, beberapa orang sudah ada di sana, antara yang terawal ialah Ketua Pemuda Cawangan iaitu Mohd.Azreen. Simpati juga pada saudara Erol ni. Masuk ni dah dua kali kena banjir. Seorang lagi penduduk kampung yang kena banjir ni ialah Ibrahim Abdul Rahman (abang Buang).

JKKK mohon agar mangsa yang terlibat agar bersabar. JKKK akan cuba untuk mendapatkan perhatian dan tindakan daripada beberapa pihak yang mungkin boleh memberikan bantuan, nasihat dan pandangan... agar perkara ini walaupun tidak dapat dielakkan, sekurang-kurangnya akan dapat membantu mengurangkan kerosakan harta benda mangsa.

Harap bersabar.

PERJUMPAAN AJK TERTINGGI PEMUDA CAWANGAN BATU MANIKAR

21 JANUARI 2009
Perjumpaan AJK Pemuda Cawangan Batu Manikar telah diadakan pada 20 Januari 2009, jam 8.00 Malam di Balai Raya Kg. Batu Manikar. Perjumpaan tersebut telah dihadiri AJK Tertinggi Pemuda Cawangan. Hasil perjumpaan tersebut telah menetapkan bahawa Mesyuarat AJK Pemuda Cawangan akan diadakan iaitu pada 03 Februari 2009 depan.

Tahniah kepada Pemuda Cawangan Batu Manikar.

MESYUARAT JKKK KG. BATU MANIKAR BIL. 02


19 JANUARI 2009
Mesyuarat JKKK Bil. 02 telah diadakan pada 18 Januari 2009 (Ahad). Antara lain dalam mesyuarat tersebut ada dibincangkan beberapa program menarik untuk penduduk Kampung Batu Manikar. Pihak JKKK juga akan mengadakan perbincangan dengan penduduk kampung dalam masa yang terdekat ini bagi sama-sama menjayakan program yang dirancang dapat diadakan dengan penuh kerjasama.

TAHNIAH ADIK HAZIQ

JKKK BATU MANIKAR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Adik Mohd. Nur Haziq Bin Jumri, anak kepada Pn. Fatimah Hakim dan Jumri Bin Yunus, kerana telah berjaya melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH MENENGAH AGAMA TOH PUAN HAJJAH RAHMAH, di Kota Kinabalu, Sabah.

Semoga Adik Haziq akan berjaya dengan cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama keluarga dan Kampung Batu Manikar.

Tahniah!