Create your own banner at mybannermaker.com!

PELAN TINDAKAN DESA

30 JANUARI 2009

BERITA HARIAN - 15,000 JKKK diarah sedia pelan pembangunan

SEPANG: Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mahu semua 15,000 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negara menyediakan pelan tindakan desa masing-masing, mirip Rancangan Malaysia untuk merancakkan pembangunan di kampung.

Menterinya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata pelan strategik itu penting bagi membolehkan kerajaan meningkatkan sumber pendapatan penduduk di luar bandar.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melncarkan program Apa Khabar Orang Kampung di Kampung Orang Asli Bukit Bangkung Sungai Pelek, di sini, pagi ini.

(Sumber :- http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20090130114444/Article)

UTUSAN - JKKK diminta rancang pelan tindakan desa

KAMPAR 29 Jan. - Semua ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negara diminta merancang pelan tindakan bagi memajukan kampung masing-masing.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib (gambar) berkata, pelan tindakan itu penting untuk memastikan setiap kampung mencapai kemajuan dalam semua bidang termasuk ekonomi, sukan budaya dan pendidikan.

"Menjadi tanggungjawab pengerusi JKKK untuk merancang pembangunan kampung masing-masing supaya setanding dengan kemajuan semasa.

"Kalau mereka tak rancang, kampung tidak akan maju dan ini akan menjejaskan kualiti kepimpinan dan masyarakat setempat,'' katanya.

Beliau berucap pada majlis Ramah Mesra sempena Pelancaran Pelan Tindakan Desa di Kompleks Rakan Muda di sini malam tadi.

Muhammad berkata, kampung yang cemerlang akan menikmati ganjaran RM10,000 yang boleh digunakan untuk memajukan lagi kampung masing-masing.

Sehubungan itu, katanya, kementerian akan memajukan hampir 15,000 kampung di seluruh negara dalam tempoh tiga hingga lima tahun sejak pelan itu bermula pada 2007.

Beliau berkata, setakat ini 16 buah kampung telah mempunyai pelan tindakan desa masing-masing yang telah dilaksanakan bermula tahun lalu.

"Saya yakin pelan tersebut dapat membantu kerajaan melahirkan generasi baru yang cemerlang dalam semua bidang sehingga dikenali di peringkat antarabangsa,'' katanya.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0130&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_22.htm&arc=hive)

0 comments: