Create your own banner at mybannermaker.com!

LATIHAN KEBUDAYAAN

25 FEBRUARI 2009Pelbagai latihan sedang dijalankan sempena Sukaneka Keluarga dan Malam Mesra Batu Manikar pada 14 & 15 Mac depan. Tidak ketinggalan juga latihan yang dilakukan oleh Kumpulan Tarian Kebudayaan Batu Manikar. Hampir setiap malam berkumpul di balairaya untuk sama-sama berlatih bagi menjayakan program tersebut. Beberapa pemimpin dalam JKKK juga turut hadir menyaksikan latihan.

ISMAIL HJ. SAMAD - WAKIL PEJABAT PARLIMEN BAGI KG. BATU MANIKAR

17 FEBRUARI 2009(Sumber Gambar :- SERAMAI 27 ORANG MENERIMA PERLANTIKAN WAKIL PEJABAT PARLIMEN DI SEMUA KAMPUNG WP LABUAN, http://yussofmahal.blogspot.com/ )


Seramai 27 orang telah dilantik sebagai wakil Pejabat Parlimen bagi memastikan program pembangunan masyarakat dapat dilaksanakan dengan berkesan. Tidak ketinggalan di Kampung Batu Manikar, Saudara Ismail Hj. Samad, telah dilantik sebagai Wakil Pejabat Parlimen. Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, perlantikan tersebut bukanlah untuk menggantikan ketua kampung tetapi adalah untuk membantu dengan lebih berkesan lagi dalam memastikan perancangan kerajaan di kawasan Parlimen Labuan.

Dengan perlantikan Saudara Ismail nanti, mudah-mudahan dapat bekerjasama dengan K.K Pg. Ismail dalam memajukan pembangunan di kampung tanah tumpah kelahiran kita ini Batu Manikar. Pastinya gabungan tenaga golongan muda dengan golongan yang berpengalaman ini akan lebih menjadi padu dan kuat, serta seterusnya dapat menjadikan Kampung Batu Manikar sebagai kampung contoh.

Tahniah Saudara Ismail Samad.
Daripada JKKK Kampung Batu Manikar, W.P. Labuan.

PEMUDA BATU MANIKAR vs AJK PEMUDA BAHAGIAN LABUAN (5 - 1)


01 FEBRUARI 2009

Pemuda Cawangan Batu Manikar telah menghantar 1 team futsal menyertai pertandingan futsal anjuran Pemuda UMNO Bahagian Labuan dengan kerjasama Ahli Parlimen Labuan. Walaupun kalah di tangan BELUKUT (3-0), RANCA-RANCA (4-0), LUBUK TEMIANG (3-0) PANTAI (5-0)...... namun akhirnya Pemuda Cawangan Batu Manikar mengalahkan AJK PEMUDA BAHAGIAN dengan keputusan (5-1)...... jangan maraaaaa...

Ketua Pemuda Cawangan Batu Manikar iaitu Mohd. Azreen ketika ditemui menyatakan rasa gembiranya kerana telah dapat menyertai pertandingan tersebut. Beliau berpendapat bahawa apa yang penting adalah penyertaan dari cawangan ini, di samping dapat mengumpul para pemuda dan belia mengamalkan cara hidup sihat iaitu bersukan.

Wakil Pemuda Cawangan - JACK, DOM, DEEN, HALIM, ZAMRI, IDRIS, AWG, AKMAL

Tahniah Pemuda Cawangan!