Create your own banner at mybannermaker.com!

TAHNIAH UNTUK PM MALAYSIA KE-6

Terima Kasih Pak Lah!

Apr 3rd, 2009 | By admin | Category: Berita Utama

berita-utama-030409KUALA LUMPUR, 3 Mac – Hari ini sekali lagi sejarah negara tercatat apabila Perdana Menteri kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan nombor satu negara dan diambil alih oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Difahamkan istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada 10 pagi ini di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sebelum ini, Datuk Seri Abdullah telah melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada hari terakhir persidangan Perhimpunan Agungnya, Sabtu lalu dengan disaksikan oleh ribuan perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra disamping ditonton secara langsung dalam siaran media elektronik.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau yang merupakan anak sulung daripada empat beradik ini adalah anak kepada pasangan Haji Ahmad Haji Abdullah Fahim (lebih dikenali sebagai Ahmad Badawi) dan Datuk Khailan Hassan.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Endon Mahmood pada 4 September 1965 ketika beliau berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam. Datin Seri Endon merupakan anak sulung kembar yang dilahirkan pada 24 Disember 1940.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Kamaluddin dan Nori.
Datin Seri Endon telah kembali ke rahmatullah pada 20 Oktober 2005 akibat kanser payu dara.

Seterusnya, Datuk Seri Abdullah mengahwini Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007 setelah hampir dua tahun hidup bersendirian.

Datuk Seri Abdullah telah dilantik menjadi Perdana Menteri kelima pada 31 Oktober 2003. Upacara mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri diadakan di Istana Negara dengan disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail melalui penyerahan kuasa.

Beliau menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mana telah mentadbir negara selama 22 tahun lamanya. Apabila Tun Dr. Mahathir bersara pada bulan Oktober 2003, impak pentadbirannya amat besar ke atas landskap politik, ekonomi, pembangunan, infrastruktur, dasar luar dan minda masyarakat Malaysia.

Peralihan kepimpinan dalam kerajaan dan parti itu berjalan lancar dengan Abdullah sebagai Perdana Menteri kelima menjanjikan pentadbiran yang ‘tegas, adil dan saksama’.

Datuk Seri Abdullah memiliki ciri-ciri yang membolehkan beliau memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima di mana warisan kepimpinan memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa untuk menerajui negara. Antara aspek penting dalam menentukan kepimpinan dan warisan kepimpinan adalah untuk memastikan bahawa pilihan tersebut mampu untuk mengabdikan diri kepada semua rakyat Malaysia.

Pengalamannya memimpin Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Setiausaha MAGERAN akan menjadi titik-tolak kepada dasar beliau dalam mempertahankan ketuanan orang Melayu di negara ini yang juga akan bersifat agenda nasional.

Latar belakang Datuk Seri Abdullah juga penting untuk masa depan orang Melayu kerana sudah pasti beliau mahu memperisaikan diri orang Melayu degan kekuatan moral sebagai persediaan dunia akhirat.

Keseimbangan pasti ditekankan supaya orang Melayu tidak alpa dalam arus kemodenan kerana semata-mata mengutamakan keuntungan material, nilai keagamaan dan kepercayaan perlu dipinggirkan.

Dalam tempoh lima tahun beliau menjadi Perdana Menteri, UMNO dan BN telah melalui berbagai-bagai peristiwa dari sebaik-baik pengalaman kepada sesuatu yang tidak pernah diduga berlaku.Namun beliau tetap cekal mengemudi barisan perwira negara menentang badai.

Konsep Islam Hadhari akan menjadi benteng dan corak kepimpinannya kerana apa sahaja yang yang dilakukan adalah untuk pembangunan Islam dan umatnya tanpa ada perpecahan di kalangan mereka. Malahan dalam ucapan sulung sebagai Presiden UMNO yang keenam dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004, beliau meletakkan Islam Hadhari sebagai agenda untuk menempatkan bangsa Malaysia di arena yang cemerlang.

Datuk Seri Abdullah sering mengingatkan pelbagai lapisan masyarakat bahawa beliau bukan sahaja Presiden UMNO tetapi juga merupakan Perdana Menteri Malaysia dan akan memastikan hak semua warga negara ini terpelihara.

Ini kerana pembangunan perlu diimbangi dengan pembentukan perpaduan antara kaum supaya kestabilan politik tidak tergugat. Beliau memastikan bahawa apa jua keputusan yang bakal dibuat oleh beliau mendapat sokongan sepenuhnya daripada pemimpin pelbagai masyarakat supaya kepimpinan beliau berjalan licin tanpa ada cacat-celanya.

Datuk Seri Abdullah memulakan kepimpinannya dengan moto ‘Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.’ Komitmen beliau amat tinggi untuk melahirkan pentadbiran yang jujur, efisien, Islamik dan peka kepada nasib penduduk luar bandar dan wilayah-wilayah yang tidak begitu mendapat perhatian selama ini.

Slogan pertamanya “bekerja bersama-sama saya bukan untuk saya” telah memperlihatkan beliau mula merintis jalannya tersendiri dalam penampilannya sebagai Perdana Menteri.

Jelas sekali falsafah kepimpinan beliau menganggap rakyat, pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat dan pemimpin politik, sebagai rakan untuk menjayakan cita-cita bangsa. Beliau tidak mahu mereka bekerja untuk beliau semata-mata. Beliau mahu setiap golongan rakyat bangun bekerja bersama-sama beliau untuk membangunkan negara.

Tekadnya memerangi gejala rasuah dan menjauhi rasuah merupakan permulaan pimpinannya yang sangat terpuji. Malah, pada “Hari Kualiti Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri” beliau telah berikrar sebagai seorang Islam untuk tidak melibatkan diri dalam rasuah.

Beliau juga meminta pegawai-pegawai kerajaan tidak menerima rasuah dalam usaha menghapuskan gejala jijik ini. rasuah juga diisytiharkan sebagai musuh nombor satu di bawah kepimpinannya.

Elemen-elemen pentadbiran awam yang efektif, dasar luar secara berdialog, mementingkan sumber manusia daripada pembangunan fizikal semata-mata, memberi keutamaan ke atas sektor pertanian dan integrasi nasional adalah satu langkah yang sangat bijak dilakukan oleh Perdana Menteri kelima ini dalam memastikan rakyat mendapat kebaikan bersama.

Ini juga merupakan gagasan yang akan menjadi kekuatan kepimpinan Datuk Seri Abdullah untuk jangka masa panjang mentadbir negara.

(Sumber :- http://umno-online.com/?p=1161)

0 comments: