Create your own banner at mybannermaker.com!

BERITA JKKK DI SANA-SINI...

31 MAC 2009

ALOR GAJAH 28 Mac - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terdapat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia diminta agar lebih peka terhadap sebarang masalah yang dihadapi oleh penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Norpipah Abdol berkata, sikap memilih kelompok golongan penduduk tertentu tidak sepatutnya timbul biarpun ada di kalangan mereka berbeza fahaman politik atau budaya.

Menurutnya, sikap itu jika terus diamalkan akan menyebabkan rakyat yang memerlukan perhatian tercicir daripada perhatian kerajaan, sekali gus memberi kesan terhadap imej kerajaan negeri itu sendiri.

''Tugas JKKK bukan sahaja ambil tahu mengenai parit dan longkang tetapi mereka perlu turun ke padang melihat apa masalah penduduk dan laporkan kepada kerajaan bagi membolehkan bantuan disalurkan segera kepada penduduk yang memerlukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke rumah seorang warga emas, R. Sallen, 72, yang mengidap sakit tua di rumahnya di Taman Sri Sutera, di sini baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau meminta JKKK dalam DUN Rembia mengambil pendekatan untuk berubah dan kembali menyemak sama ada mereka telah melaksanakan tugas mereka seperti yang diharapkan oleh kerajaan atau sebaliknya.

Katanya, teguran itu dibuat bagi membolehkan mereka berfikiran lebih positif dan bertindak secara lebih aktif demi memastikan nasib rakyat di peringkat kampung terus terbela.

''Semua JKKK lebih peka dan serius dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka kerana itu telah menjadi sebahagian daripada tugas serta tanggungjawab mereka," ujarnya.

Sementara itu mengenai lawatan beliau, katanya, aduan mengenai kesempitan hidup yang dialami oleh keluarga Sallen dimaklumkan oleh Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Cawangan Taman Sri Sutera, Vijeyan.

Katanya, beliau memberi jaminan akan menyalurkan aduan mengenai masalah warga emas terbabit kepada agensi kerajaan berkaitan terutama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

''Pada lawatan ini juga, pegawai JKM turut hadir untuk mengambil borang permohonan bantuan dari Sallen bagi tindakan kelulusan segera," katanya.

Menurutnya, keluarga Sallen dilihat menghadapi kehidupan yang sukar kerana kos perbelanjaan perubatan warga emas tersebut agak tinggi selain terpaksa menampung kos hidup yang tinggi.

Ujarnya, warga emas tersebut merupakan pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) dan menerima pencen RM750 sebulan.

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0329&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm&arc=hive)

PROGRAM SUKANEKA KELUARGA & MALAM MESRA KG. BATU MANIKAR

15 MAC 2009

Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Kemas Daerah, W.P. Labuan iaitu Encik Nor Azahar Othman kira-kira jam 9.00 pagi (14 Mac 2009). Turut sama hadir dan memeriahkan majlis perasmian adalah Tn. Hj. Suib Bin Nasir, Presiden Majlis Belia Labuan dan En. Abdul Laham Bin Rudin, Wakil Pengarah Kesihatan Negeri, W.P. Labuan.




KEPUTUSAN PENUH ACARA SUKANEKA & MALAM MESRA

01. MINUM TELUR MENTAH DALAM GELAS
JOHAN - BIBI
NAIB JOHAN - JALUDIN
KETIGA - AMANULLAH

02. MAKAN KEROPOK SAMBIL MERUNGGAW
JOHAN - DK. SUNAH
NAIB JOHAN - SAPARIAH
KETIGA - MAWAR

03. TENDANG BOLA GUNA TUMIT
JOHAN - DK. SUNAH
NAIB JOHAN - JANAH
KETIGA - MAWAR

04. BAWA BOLA PINGPONG DALAM SUDU
JOHAN - KARIM & ISTERI
NAIB JOHAN - JUNAIDI & ISTERI
KETIGA - AILI & ISTERI

05. MOTOSIKAL LAMBAT
JOHAN - AIMI
NAIB JOHAN - HAMIZAN
KETIGA - BAKAR

06. MENGGALI KESISING
JOHAN - AG. BESAR
NAIB JOHAN - KARIM
KETIGA - TAUFIK

07. LARI BAWA BELON BERISI AIR
JOHAN - NURHAYATUL
NAIB JOHAN - DANIEL
KETIGA - AMEZHA

08. BASIKAL LAMBAT
JOHAN - REDZO
NAIB JOHAN - ZAMREY
KETIGA FAZLIE

09. JALAN KAKI LAJU (L)
JOHAN - WAHAB
NAIB JOHAN - KARIM
KETIGA - YUSOP

10. JALAN KAKI LAJU (P)
JOHAN - NORJAN
NAIB JOHAN - DK. SUNAH
KETIGA - DK. HJH. MARIAM

11. SUAMI MENDUKUNG ISTERI
JOHAN - JUNAIDI & ISTERI
NAIB JOHAN - RUDDY & ISTERI
KETIGA - TAUFIK & ISTERI

12. MAKAN ROTI PAUN
JOHAN - ZAKARIA
NAIB JOHAN - AG. DAMIT
KETIGA - DK. SUNAH

13. RAMBUT TERMACHO
JOHAN - CABUK
NAIB JOHAN - BEN
KETIGA - BOY

14. LARI IKAT KAKI (L)
JOHAN - FAUZI & AKMAL
NAIB JOHAN - BOY & KICI
KETIGA - FAZLI & DIDIN

15. LARI IKAT KAKI (P)
JOHAN - SARIDAH & NORHIDAYU
NAIB JOHAN - IZZATI & LELA
KETIGA - SITI FATIMAH & SITI LAYLA

16. MINUM SOYA BEAN
JOHAN - FAIZ
NAIB JOHAN - AIZAT
KETIGA - ALLEY

17. MAKAN KEROPOK
JOHAN - FAHMI AIMAN
NAIB JOHAN - AZWAN
KETIGA - NAZIRAH

18. MAKAN AISKRIM
JOHAN - DK. SUNAH
NAIB JOHAN - ZAKARIA
KETIGA - AMANULLAH

19. AMBIT TANGAN
JOHAN - AMANULLAH
NAIB JOHAN - AMY
KETIGA - MANYONG

20. JALAN BERUNDUR
JOHAN - HAMDAN
NAIB JOHAN - FAHMI AIMAN
KETIGA - AISYHAM JEFFRY

21. MAKAN AYAM GORENG
JOHAN - AMIN SUBOH
NAIB JOHAN - SAFWAN
KETIGA - SYAFIQ

22. TARIK TALI (L)
JOHAN - PENYANGAK
NAIB JOHAN - MENDUDUR
KETIGA - PENJAHAT

23. TARIK TALI (P)
JOHAN - WATTAB
NAIB JOHAN - ALAH MENANG TAK MENYESAL
KETIGA - BERAMBO

24. TARIAN SUFFLE
JOHAN - SHAMUDIN
NAIB JOHAN - KHAIRUDIN
KETIGA - MIRZA

25. RATU KEBAYA (REMAJA)
JOHAN - NORADEYSUHAINA
NAIB JOHAN - SARIDAH
KETIGA - SITI LAYLA

26. RATU KEBAYA (VETERAN)
JOHAN - AMNAH
NAIB JOHAN - ZIDAH
KETIGA - DK. SUNAH

27. WARGA EMAS PALING SPOTING
JOHAN - TN. HJ. HAKIM SAFAR
NAIB JOHAN - PG. DK. JABAIDAH PG. ABAS
KETIGA - TN. HJ. ABDUL RAHMAN BURUT

28. BINTANG KECIL
JOHAN - MADIRAH
NAIB JOHAN - SITI NORAIN
KETIGA - FAZIL MAHMUD

29. KARAOKE TERBUKA
JOHAN - SITI FATIMAH
NAIB JOHAN - EYOY
KETIGA - BEN

30. ULAM DAN SAMBAL
JOHAN - DARIAH MOAMAD
NAIB JOHAN - SARINI HAKIM
KETIGA - MAHANI YUSOF

31. MEREBUT GULA-GULA
JOHAN - NORAYATUL
NAIB JOHAN - KHAIRIL ISKANDAR
KETIGA - SYAFIQ RAMZI

32. MEWARNA
JOHAN - ANIS ARISSA
NAIB JOHAN - NORAYATUL
KETIGA - ALLEYA INSYIRAH

33. MERAMBAT
JOHAN - ZAKARIA
NAIB JOHAN - SULAIMAN
KETIGA - HJ. HAKIM

count down!!!!

MESYUARAT TERAKHIR SUKANEKA & MALAM MESRA BATU MANIKAR 2009





10 MAC 2009

Mesyuarat terakhir sebelum Program Sukaneka & Malam Mesra Batu Manikar 2009. Antara yang hadir adalah JKKK dan urusetia program. Mesyuarat diadakan pada 9 MAC 2009 (Isnin), 8.30 Malam di Balairaya Kampung Batu Manikar.

PERSIAPAN PENUH PROGRAM BATU MANIKAR


03 MAC 2009

JKKK telah membuat perjumpaan dengan penduduk Kg. Batu Manikar pada 1 Mac 2009 (Ahad), kira-kira jam 3.30 petang. Ramai penduduk kampung yang hadir, dan ramai juga penduduk kampung yang telah mengemukakan jenis sukaneka tambahan yang ingin mereka taja. Pihak JKKK mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk kampung yang telah memberikan komitmen dalam perjumpaan tersebut. JKKK Batu Manikar mengharapkan program tersebut akan berjalan lancar dan meriah sepertimana yang telah dirancang.

Berikut adalah acara sukaneka yang telah ditaja, dan dialu-alukan semua penduduk Kg. Batu Manikar menyertai acara-acara tersebut :-


SUKANEKA KANAK-KANAK

01. Merebut gula-gula
02. Pertandingan mewarna
03. Lari pecut
04. Bina badan
05. Rebut kerusi
06. Makan keropok
07. Bintang kecil Manikar
08. Lari bawa belon berisi air
09. Memakai pakaian tercepat
10. Lari bertinting

SUKANEKA VETERAN
01. Makan aiskrim
02. Merambat
03. Berkayuh
04. Tarik tali
05. Jalan kaki laju
06. Pertandingan makan roti paun

ACARA WANITA/PUTERI
01. Ulam dan sambal
02. Hiasan terunik kek keju
03. Pertandingan fesyen bertudung
04. Ratu kebaya - 30 tahun ke atas
05. Ratu kebaya - 14 - 20 tahun
06. Makan keropok sambil merunggaw - 30 tahun ke atas

SUKANEKA REMAJA
01. Basikal lambat
02. Lari ikat kaki
03. Pertandingan hiasan masakan telur
04. Pertandingan makan ayam goreng
05. Pertandingan minum soya bean
06. Pertandingan memakai pakaian korporat
07. Pertandingan rambut termacho
08. Pertandingan menghias handphone

ACARA BEBAS
01. Tarik tali
02. Futsal pemuda belia
03. Futsal wanita puteri
04. Karaoke duet lagu cha-cha - suami isteri
05. Raja lawak kitani
06. Gusti tangan
07. Tarian Suffle
08. Pertandingan karaoke "bingit"
09. Minum telur mentah dalam gelas
10. Pertandingan lari - suami mendukung isteri

PERSEMBAHAN
01. Tarian Kebudayaan - Kumpulan Tarian Tradisional Batu Manikar
02. Persembahan karaoke veteran - Artis veteran Batu Manikar
03. Gimik perasmian


KEPADA SEMUA PENDUDUK KAMPUNG BATU MANIKAR, JANGAN LUPA RAMAI-RAMAI HADIR PADA 14 & 15 MAC, DI PADANG DAN BALAIRAYA BATU MANIKAR... KITA MERIAHKAN PROGRAM KAMPUNG KITA....


TERDAPAT JUGA PAMERAN-PAMERAN DARIPADA BEBERAPA JABATAN DAN N.G.O ... DAN YANG PASTI MENARIK PAMERAN DARIPADA TEAM PRODUKSI KOMIK TEMPATAN IAITU MAJALAH "Gergitan".. JaNgAn LuPa SaKsIkAnnnn...