Loading...

JKKK CELIK I.T





Program E-Komuniti anjuran UMS KAL bersama
JKKK Batu Manikar dengan kerjasama Pusat Komuniti Dan Akademi Desa

Tarikh
12,13,16&17 oktober 2009

Tempat
Pusat Komuniti Dan Akademi Desa Batu Manikar

Pengisian Program
Membina laman web dari webs dan pengetahuan tentang penggunaan IT.

Peserta seramai 40 orang terdiri daripada penduduk Kampung Batu Manikar.
Tenaga pengajar 3 0rang pelajar dari UMS KAL.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Pihak JKKK Kg. Batu Manikar mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin..kepada semua penduduk Kampung Batu Manikar, dan semua pihak pembaca blog ini. Semoga kita dapat menziarahi antara satu sama lain di hari yang mulia ini.

Calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang Penerimaan pengundi jadi penentu

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my

BANGI 13 Sept. - Penerimaan pengundi setempat wajib dijadikan kelayakan utama sewaktu memilih calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, kriteria lain seperti jawatan dalam UMNO bahagian mahupun umur calon tidak wajar digunakan sama sekali.

Katanya, pandangan itu adalah berasaskan pengalaman dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini yang menyaksikan kekalahan BN.

"Kita telah banyak belajar dalam pilihan raya kecil sebelum ini, memegang jawatan ketua bahagian tidak menjamin kemenangan seperti yang berlaku di Kuala Terengganu atau kerana calon itu muda (di Permatang Pasir), ia tidak bermakna pembangkang tiada isu untuk dipermainkan.

"Pilihan raya kecil sebelum ini menunjukkan yang penting ialah calon yang diterima rakyat tanpa mengira jawatan, umur, jantina, pangkat dan darjat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) dan menyempurnakan majlis pelancaran Pakaian Seragam Baru Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini hari ini.

Beliau mengulas isu calon yang sesuai untuk mempertahankan DUN Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohd. Nor akibat jangkitan darah awal bulan ini.

Berikutan kekosongan itu, UMNO Bahagian Teluk Kemang telah mencadangkan nama ketuanya iaitu Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang juga merupakan bekas Menteri Besar selama 22 tahun.

Beliau dicadangkan kerana mempunyai pengaruh yang kuat di kawasan berkenaan selain telah banyak berbakti kepada penduduk setempat.

Sementara itu, ditanya adakah kenyataan beliau memberi gambaran bahawa Mohd. Isa adalah calon yang paling sesuai, Hishammuddin berkata: "Tidak, saya tidak kata begitu, yang penting kalau seseorang calon itu tidak sesuai pada kita tetapi sesuai kepada pengundi di sana, maka bukan hak kita untuk menentukannya kerana ia adalah bidang kuasa pengundi di kawasan tersebut.

"Kalau Mohd. Isa sesuai untuk kawasan itu, maka sesuailah dan kalau tidak sesuai maka tidak sesuailah."

(Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm)

BELIA BATU MANIKAR DI PROGRAM KEPIMPINAN KENDIRI 2009





Persatuan Belia Interaksi (PBI) Batu Manikar telah menyertai Program Kepimpinan Kendiri Belia 2009 yang telah diadakan pada 12 - 14 Ogos 2009 yang lepas di Lawas, Sarawak. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Seramai 4 orang belia PBI yang menyertai program tersebut iaitu :-

1. MOHD. ZULKIFLI BIN SABTU
2. AKMAL NIZAM BIN MAGAL
3. MOHD. NORZAMREY BIN SAHARI
4. AWGKU YAHYA BIN PG. OMAR


Mohd. Zulkifli telah dipilih sebagai Penghulu dalam program tersebut dan di dalam ucapannya ketika perasmian penutupan majlis tersebut, beliau telah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada JBS W.P. Labuan kerana telah menganjurkan program yang berguna kepada para belia, khususnya warga belia W.P. Labuan.

Dengan adanya kursus-kursus seperti ini, belia PBI diharap dapat bangkit dan terus melangkah ke hadapan demi pembangunan belia Batu Manikar. Kenyataannya sekarang, Kampung Batu Manikar tidak ketandusan pemimpin, malah dari sehari ke sehari wajah-wajah kepimpinan akan datang semakin menyerlah dan pasti akan membawa Kampung Batu Manikar ke satu mercu kegemilangan satu hari nanti.





SYABAS & TAHNIAH.... PBI akan terus maju!.... Batu Manikar BOLEH!

1 Ramadhan 1430H

22 OGOS 2009

MAJLIS PENILAIAN ANUGERAH DESA CEMERLANG DI KAMPUNG BATU MANIKAR

8 OGOS 2009


Barisan Kepimpinan JKKK Kampung Batu Manikar, W.P. Labuan


Bergambar kenangan bersama Panel Penilai dari KEMAS dan Perbadanan Labuan


Jawatankuasa Biro Wanita, Biro I.T & Pendidikan, Biro Kebudayaan

SELAMAT DATANG PANEL PENILAI

Buat semua barisan Panel Penilai Anugerah Desa Cemerlang....

Duduk bersimpuh sebelum makan

Makanan dihidang di atas tikar
Selamat Datang kami ucapkan
Kita berkumpul di Batu Manikar


MAJLIS PENILAIAN ANUGERAH DESA CEMERLANG
8 OGOS 2009 (SABTU)
BALAIRAYA KAMPUNG BATU MANIKAR

BELIA BATU MANIKAR DI KURSUS KEPIMPINAN

17 JULAI 2009


3 belia Batu Manikar (Persatuan Belia Interaksi Batu Manikar - PBI) telah menyertai KURSUS KEPIMPINAN TERTINGGI anjuran AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) Port Dickson, yang telah diadakan pada 14-17 Julai 2009, di Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Putatan. Zamri Sahari, Fauzi & Mohd. Zulkifli telah menyertai kursus ini bersama 30 orang lagi peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Persatuan Belia lain dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri Sabah. Diharapkan ketiga-tiga belia yang menjadi harapan Kampung Batu Manikar ini dapat memanfaatkan ilmu dan pengetahuan yang telah didapati melalui kursus tersebut.

TAHNIAH...

TAHNIAH JKKK KG. SUNGAI BEDAUN

11 JULAI 2009

Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada JKKK Kg.Sungai Bedaun, W.P. Labuan atas pelancaran laman blog bagi JKKK kampung tersebut. Moga usaha rakan-rakan semua akan memberikan manfaat kepada penduduk kampung dan masyarakat sekeliling bagi menyahut cabaran media baru ini.


Sekali lagi TAHNIAH.....
daripada JKKK Kampung Batu Manikar, W.P. Labuan.

MESYUARAT UMNO CAWANGAN BATU MANIKAR


20 JUN 2009 (SABTU)

Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan Batu Manikar telah berlangsung dengan lancar di Balai raya Kg. Batu Manikar pada jam 7.30 malam, dan seterusnya disusuli dengan Mesyuarat Penaja UMNO Cawangan Batu Manikar. Ketua Cawangan (Penaja) yang telah dipilih K.K. Pg.Ismail mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli cawangan yang telah hadir dan menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai ahli UMNO.

WAKIL BAHAGIAN KE CAWANGAN RANCA-RANCA DARAT




En. Pg. Ismail selaku AJK Bahagian hadir ke persidangan cawangan Ranca-Ranca sebagai wakil Bahagian ke cawangan. Antara yang hadir adalah Pemangku Ketua Bahagian Ybhg Datuk Hj. Yunus Bin Hj. Kurus, wakil Wanita Bahagian, wakil Pemuda Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian selain daripada kepimpinan AJK UMNO Cawangan dan ahli-ahli.

SEKITAR PERSANDINGAN FOZIAH DAUD @ TiTieN...(Pen.S/U Puteri Cawangan Batu Manikar & JKKK)

31 MEI 2009 (AHAD)


BATU MANIKAR pasti GeMpAk bersama LABUAN FM.... 23 MEI 2009

Saksikan MINISHOWCASE JELAJAH HITS @ LABUAN FM, DI BALAIRAYA BATU MANIKAR, BERMULA 8.00 MALAM.... anjuran bersama LABUAN FM dengan kerjasama JKKK Kg. Batu Manikar, Pemuda, Wanita, Puteri dan Belia Batu Manikar... Sesi Latihan Persembahan Kebudayaan... dan juga dendangan lagu secara akustik oleh belia-belia Batu Manikar. Jangan lupa datang beramai-ramai dan saksikannnnnn....kemeriahan.... JoM ke Kampung batu Manikar, pada 23 MEI 2009 ini.. Batu Manikar pasti gempak bersama LABUAN FMmMmMmMmM.....
(ada akustik lagu gajah tak?... heheheheh)

PESERTA-PESERTA TADIKA KEMAS BATU MANIKAR...HEBAT!!!!

7 MEI 2009


Pertandingan Silat dan Futsal Tadika KEMAS telah dimenangi oleh anak-anak comel dari Tadika KEMAS Kampung Batu Manikar, W.P. Labuan, 2009.

Selain futsal, wakil Silat, JOHAN peringkat W.P. Labuan dari Tadika KEMAS Kampung Batu Manikar telah mewakili pertandingan ke Kuala Lumpur.. Diketuai oleh ADIK SITI NURAISYAH BINTI AHMAD SATIAH, dan dikhabarkan mendapat TEMPAT KELIMA dari 14 pasukan tadika KEMAS negeri-negeri seluruh Malaysia.