BATU MANIKAR pasti GeMpAk bersama LABUAN FM.... 23 MEI 2009

Saksikan MINISHOWCASE JELAJAH HITS @ LABUAN FM, DI BALAIRAYA BATU MANIKAR, BERMULA 8.00 MALAM.... anjuran bersama LABUAN FM dengan kerjasama JKKK Kg. Batu Manikar, Pemuda, Wanita, Puteri dan Belia Batu Manikar... Sesi Latihan Persembahan Kebudayaan... dan juga dendangan lagu secara akustik oleh belia-belia Batu Manikar. Jangan lupa datang beramai-ramai dan saksikannnnnn....kemeriahan.... JoM ke Kampung batu Manikar, pada 23 MEI 2009 ini.. Batu Manikar pasti gempak bersama LABUAN FMmMmMmMmM.....
(ada akustik lagu gajah tak?... heheheheh)

PESERTA-PESERTA TADIKA KEMAS BATU MANIKAR...HEBAT!!!!

7 MEI 2009


Pertandingan Silat dan Futsal Tadika KEMAS telah dimenangi oleh anak-anak comel dari Tadika KEMAS Kampung Batu Manikar, W.P. Labuan, 2009.

Selain futsal, wakil Silat, JOHAN peringkat W.P. Labuan dari Tadika KEMAS Kampung Batu Manikar telah mewakili pertandingan ke Kuala Lumpur.. Diketuai oleh ADIK SITI NURAISYAH BINTI AHMAD SATIAH, dan dikhabarkan mendapat TEMPAT KELIMA dari 14 pasukan tadika KEMAS negeri-negeri seluruh Malaysia.

KISAH JKKK SANA-SINI JADI PERISIK BANTERAS MAT REMPIT

JKKK jadi 'ejen perisik' banteras mat rempit
KUALA PILAH 6 Mei - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negara diarahkan menjadi 'detektif' dan 'ejen perisik' bagi melaporkan sebarang aktiviti mat rempit kepada pihak berkuasa.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, mereka akan ditugaskan mencatat nombor motosikal, mengenal pasti individu, lokasi merempit dan dalang di sebalik gejala negatif itu.
''Hari ini, mat rempit sudah menjadi satu ancaman kepada negara selepas dadah. Wajar mat rempit ini dilabelkan sebagai ancaman kerana ia sudah meragut banyak nyawa individu tidak berdosa," tegasnya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kelab Wartawan Muda Peringkat Parlimen Kuala Pilah di Sekolah Menengah (SM) Tuanku Muhammad di sini hari ini.
Turut hadir Pengetua SM Tuanku Muhammad, Mustaffa Mohamed dan Presiden Kelab Wartawan Negeri Sembilan (i-KWAN), Ainol Amriz Ismail.
Hasan berkata, JKKK dan pemimpin masyarakat desa perlu proaktif sebagai ejen perisik kepada pihak berkuasa dalam menangani isu mat rempit kerana tempiasnya juga berlaku di kawasan desa, Felda dan kampung-kampung.
''Saya harap mereka ini akan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dan semua maklumat itu akan dijadikan asas dalam bertindak menyerbu sarang mat rempit," katanya merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah.
Pada majlis tersebut, Parlimen Kuala Pilah merupakan yang pertama di negara ini mewujudkan Kelab Wartawan Muda untuk melatih pelajar berkaitan kerjaya itu selain menerangkan maklumat betul mengenai dasar kerajaan.
Kelab itu yang kini mempunyai 11 wartawan muda perintis dari sekolah itu akan mendapat kerjasama daripada i-KWAN dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) untuk dibimbing dan dilatih dalam tujuh bengkel kewartawanan.
Beliau berkata, kesemua wartawan muda yang dilantik itu juga akan menjadi pelapor gejala negatif tersebut supaya ia dapat menyedarkan pelajar di peringkat Parlimen Kuala Pilah melalui tulisan dan risalah.